Pages

Followers

JANGAN SUKA MENGUMPAT ORANG


mengumpat
ak rasa semua org tau apa maksudnya
dan ak rasa semua org jugak expert buat benda ni
termasukla ak sendiri

sesiapa yg masih blur maksud sebenar mengumpat ni
biar ak beritahu


Rasulullah bersabda :

'mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah)'

Lalu sahabat bertanya kepada baginda:

'adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya?'

Lantas baginda menjawab:

'sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta'

( riwayat muslim )

ak rasa semua org tahu benda ni
tp bila ia da menjadi habit dan hobi masa lapang
kita sering nak menghalalkan perbuatan ni

'bukan mengumpat,cuma nak luah perasaan xpuas hati jek'


'mana ada mengumpat, ak bercerita jek'

ya, paham, mengumpat itu mmg best
serius,x tipu
yela, seronok bila kita bercerita keburukan org lain, dan org yg dengar pun menambah-nambah

tapi, balasan dia pun best jugak kan?

Rasulullah bersabda :

'tahukah kamu siapa yang bakal menjadi muflis?'

Sahabat menjawab:

'orang yang muflis ialah mereka yang tiada padanya dirham dan tidak berharta'

Lalu baginda bersabda:

'Sesungguhnya yang bakal menjadi muflis dari kalangan umatku kelak ialah mereka yang datang pada hari kiamat sedang dia di dunia seorang yang menjaga solat, puasa dan zakat tetapi dalam masa yang sama dia datang dalam keadaan dia di dunia dulu mencaci orang itu, memfitnah ini, makan harta orang dengan cara yang tidak halal, menumpah darah orang yang tidak bersalah dan memukul orang. Maka di akhirat nanti akan diambil kebajikan (pahala) daripada golongan yang menganiaya kepada mereka yang telah dianiaya, sekiranya kebajikan atau pahala orang menganiaya tadi habis sebelum selesai hutangnya dengan orang dianiaya maka akan dipindahkan dosa orang dianiaya ke dalam kiraan orang yang menganiaya lalu dihumban ke dalam neraka'


wuu,takutnya




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekiranya ada cadangan sila komen disini