Pages

Followers

Syirik mempercayai tilik nasib dan ahli nujum



Alhamdulillah, WC 2010 telah berakhir, habisnya musim bola, Namun, ada perkara yang lebih penting dari WC 2010 yang melanda manusia, akidah manusia itu sendiri. Aku seakan terkejut apabila melihat di televiseyen, pada malam final, seorang pemuda apabila ditanya pasukan mana yang menang, jawabnya Spain, bila ditanya berdasrkan apa, katanya ramalan dari sotong. MasyaAllah, secara tidak langsung dia telah mengiyakan apa2 yang diramalkan oleh tukang tenung.

Paul the Octopus




Menilik nasib, tanjim dan horoskop
Horoskop


Dulu ketika bangsa Arab hidup pada zaman jahiliyah,mereka sering bergantung kepada ramalan sebelum melakukan sesuatu perkara, contohnya sebelum bermusafir, mereka akan mencabut panah, atau memanah pada langit, sekiranya tercabut mana2 anak panah berkaitan atau anak panah itu jatuh pada tempat sekian2, maka dikira nasib buruk dan mereka tidak memulakan perjalanan dan menangguhkan perjalanan itu. Tetapi apabila nasib baik, maka mereka meneruskan aktiviti mereka.


Dulu berjumpa bomoh, menilik nasib, sekarang ia menjadi semakin moden dan syirik ini menjadi semakin halus dan berbahaya, yang dapat meruntuhkan akidah seseorang tanpa disedarinya. Lihat sahaja, horoskop, kuiz ramalan di Facebook, judi dari nasib, dan sebagainya.

Allah swt telah berfirman dalam surah An-Naml ayat 65,

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)

Apabila bercerita tentang sesuatu yang akan datang kita hanya boleh berpandukan beberapa sumber sahaja diantaranya Al-Quran, Al-Sunnah dan kejadian alam.Al-quran telah menceritakan sebahagian perkara berlaku pada masa akan datnag dan kita wajib mempercayainya, begitu juga Al-sunnah. Tentang fitrah kejadian alam, begitu juga, seperti ramalan cuaca, lihat jawapannya di sini:http://www.islam-qa.com/en/ref/83837/weather%20forecast


Ramalan cuaca dibenarkan kerana Sunnatullah itu tidak berubah

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;[Rum ayat 48].

Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu.[Al-Fathir ayat 43]



Larangan mendatangi tukang nujum

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ

Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].

Beberapa keadaan dan hukum berjumpa syirik;


1)Tidak sengaja menonton ramalan, seperti apabila kita menonton cerita sotong Paul, kemudian kita mengabaikannya. Seeloknya kita beristighfar dan membenci perbuatan itu.


2)Tidak sengaja tetapi mempercayai kebenaran ramalannya, maka kita sudah termasuk dalam golongan yang mempercayai tukang nujum/peramal sedangkan ia bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis.


3)Percaya dan ternanti-nanti ramalan berikutnya dari tukang nujum. Kita sudah termasuk di dalam golongan yang mempercayai tukang nujum dan percaya kepada peramal.


Paul the Octopus hanya sekelumit kecil dari anasir-anasir syirik dalam kehidupan kita, banyak lagi benda syirik yang besar dan syirik tersembunyi yang sangat bahaya seperti permainan tilik nasib yang tersebar di internet. Apun, hidup di zaman fitnah ini, berpegang teguhlah pada agama Allah, dan nasihatliah kawan-kawan kita supaya tidak terjatuh dalam lembah syirik yang ada di mana-mana sahaja. Perbanyakkan beristighfar, belajar mengenal syirik dengan mendalami agama, dan berusaha untuk menjauhinya.


Akhir kata, saya petik doa kita dalam Mathurat yang kita selalu baca selepas subuh dan asar,

” Allahumma Inna Na3uzubika Min An-Nusyrika Bika Syai’an Na3lamuhu, Wa Nastaghfiruka Li Ma La Na3lamu “ [Doa ini asalnya dari hadith Imam Ahmad, kita hanya tukar ana kepada nahnu sahaja]

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu, agar tidak mensyirikkanMu dengan sesuatu, sedangkan kami mengetahuinya(syirik itu), dan kami meminta ampun dariMu terhadap perkara yang kami tidak ketahui.

Dipetik dari:

USAMA BIN LADEN - MUJAHIDIN ABAD KE 20



Usama adalah anak kepada Muhammad bin Ladin. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam kepada beliau. Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonon bantuan antarabangsa. Usama bin Ladin menyahut seruan itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat Islam yang lemah menghadapi 'kuasa-besar' abad ke-20. "Di dalam agama kita, terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang menyertai Jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa." Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbagan sokongan. Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau juga telah mereka-bentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Soviet. Tidak lama kemudian, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan. Kepada para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan. Setahun kemudian, Bin Ladin memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur shahid. Walaubagaimanapun Usama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut, dengan Pertolongan Allah SWT. "Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed, seorang pejuang Palestin yang menyertai Jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Ladin di Sudan. "Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau, tetapi beliau juga memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana beliau untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin Ladin. " Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi pada sekitar 1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Usama kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah SAW di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau dari Jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk Jihad. Bin Ladin pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan. Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikiritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin Ladin. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaan dengan terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar 'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikut beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana. Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk kepala beliau. Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai Jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistan, Bosnia, Yaman, Chechnia dan lain-lain tempat, sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiayai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia. Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah yang dianggap sebagai 'U.S. State Department' sebagai, "seorang daripada penaja kewangan utama gerakan extermist Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut pegawai ini, "Bin Ladin adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan berkata, 'Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka,' dan beliau akan mendapat cek tersebut serta-merta." Pada musim panas 1996, Bin Ladin berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin membuat keputusan untuk bertindak. Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama;. Dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh Usama bin Muhammad bin Ladin. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam, atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang sama, dengan bantuan Allah SWT, telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengan kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan [Saudi Arabia - bumi tanah haram]" - Usama bin Ladin Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada Jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkan kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah, juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati; Mati yang hanya sekali itu.... Untuk siapakah mati kita?

Biografi Ringkas Sheikh Abdullah Azzam



Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan di salah sebuah kampung di Utara Palestin yang dikenali sebagai Selat al-Harithia di daerah Jenin pada tahun 1941. Bapanya bernama Mustaffa yang meninggal dunia setahun selepas pembunuhan anaknya. Ibunya pula bernama Zakia Saleh yang meninggal dunia setahun sebelum Sheikh Abdullah Azzam dibunuh. Ibunya dikebumikan di kem Pabi, Pakistan.




Beliau dari keluarga yang baik dan amat kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Keluarga beliau amat menyayanginya. Beliau juga amat istimewa berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sewaktu kecil. Ini kerana beliau amat kuat beragama, pintar dan mula menyebarkan dakwah pada usia yang masih muda. Rakan-rakan beliau mengenali beliau sebagai seorang yang warak dan amat disenangi oleh semua. Guru-guru beliau melihat keistimewaan ini sejak beliau di bangku sekolah lagi dan beliau amat disayangi oleh mereka. Beliau menyertai gerakan al-Ikhwan-ul-Muslimin sebelum mencapai usia baligh lagi hasil didikan guru-gurunya yang terlibat dengan gerakan tersebut.

Sheikh Abdullah Azzam telah dikenali kerana ketabahan dan sifat beliau yang serius sejak beliau masih kecil lagi. Beliau menerima pendidikan awal peringkat sekolah rendah dan menengah di kampung beliau sebelum menyambung pelajaran beliau di Kolej Pertanian Khadorri sehingga ke peringkat Diploma. Walaupun beliau merupakan pelajar termuda di kalangan rakan-rakannya yang lain, namun beliau merupakan yang paling pandai dan bijak. Setelah menamatkan pengajian di Kolej Khadorri beliau bekerja sebagai seorang guru di sebuah kampung bernama Adder di Selatan Jordan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Kolej Shariah di Universiti Damsyik sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Shariah pada tahun 1966. Selepas pihak Yahudi menawan Tebing Barat pada tahun 1967, Sheikh Abdullah Azzam berhijrah ke Jordan, kerana beliau tidak mahu tinggal di bawah penjajahan Yahudi di Palestin. Pengalaman melihat kereta-kereta kebal Israel bergerak masuk ke Tebing Barat tanpa apa-apa tentangan meningkatkan azam beliau untuk berhijrah bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk berperang.

Pada lewat 1960an beliau menyertai Jihad menentang penjajahan Israel di Palestin dari Jordan. Pada ketika itu juga beliau menerima Ijazah Sarjana di dalam bidang Shariah dari Unversiti al-Azhar. Pada tahun 1970 sesudah Jihad terhenti kerana kekuatan PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau menjadi seorang pensyarah di Universiti of Jordan di Amman. Pada tahun 1971 beliau dianugerahkan biasiswa ke Universiti al-Azhar di Kaherah di mana beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Usul al-Fiqh pada 1973. Ketika di Mesir beliau telah berkenalan dengan keluarga Syed Qutb.




Sesudah kepulangannya ke Jordan beliau telah berhijrah ke Arab Saudi untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di sana. Pada tahun 1979 beliau meninggalkan universiti tersebut untuk berpindah ke Pakistan agar berada hampir dengan suasana Jihad di Afghanistan. Di sana juga beliau mengenali pemimpin-pemimpin Jihad. Semasa mula-mula tiba di Pakistan beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad. Selepas beberapa ketika beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari tugas mengajar di universiti untuk menumpukan keseluruhan masa dan tenaga beliau kepada usaha Jihad di Afghanistan.

Sikap dan pemikiran Abdullah Azzam banyak dipengaruhi oleh suasana Jihad di Afghanistan. Lebih menarik lagi suasana jihad di Afghanistan juga sangat banyak dipengaruhi oleh pemikiran beliau semenjak beliau menumpukan seluruh masanya untuk berjihad. Beliau menjadi seorang yang disegani di medan jihad Afghanistan dan juga di kalangan para pemimpin Afghan sendiri. Beliau telah mencurahkan seluruh daya usahanya untuk menyebarkan dan memahamkan isu jihad di Afghanistan kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Beliau mengubah pandangan umat Islam tentang Jihad di Afghanistan daripada perjuangan rakyat Afghanistan mempertahankan tanah air mereka semata-mata kepada menyedarkan bahawa Jihad adalah tuntutan Islam yang dipertanggungjawabkan ke atas seluruh umat Islam di serata dunia. Berkat hasil usaha beliau, Allah S.W.T. telah menjadikan Jihad di Afghanistan sebagai satu Jihad universal yang disertai oleh ramai umat Islam dari serata pelusuk dunia.

Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam tunggak dan simbol pergerakan Jihad zaman ini. Melalui usaha beliau menyertai jihad ini, menyebarkan dan memahamkannya kepada umat Islam menjadikan beliau berjaya mengubah pemikiran umat Islam tentang jihad dan keperluan ummat ini kepada jihad. Beliau menjadi ikon generasi muda yang menyahut seruan jihad. Beliau sangat menghargai Jihad dan amat menekankan keperluan Ummah Islam kepada jihad. Pernah beliau berkata, "Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun, 7 setengah tahun di Jihad Afghanistan, 1 setengah tahun di Jihad Palestin dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa."

Beliau juga melatih ahli keluarganya dengan kefahaman dan semangat yang sama. Isteri beliau, contohnya, terlibat dengan penjagaan anak-anak yatim dan lain-lain kerja kebajikan di Afghanistan. Beliau sendiri menolak jawatan pensyarah dari beberapa buah universiti sambil berikrar bahawa beliau tidak akan meninggalkan jihad sehingga beliau gugur Syahid. Beliau juga selalu mengatakan bahawa matlamat utama beliau adalah untuk membebaskan Palestin selepas berjaya memerdekakan Afghanistan. Tentu sekali komitmennya yang sebegitu tinggi ini menimbulkan keresahan di kalangan musuh-musuh Islam. Akhirnya mereka bersekongkol untuk membunuh beliau. Pada tahun 1989, sebuah periuk api anti kereta kebal telah diletakkan di bawah mimbar yang beliau gunakan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Bahan letupan tersebut adalah sangat merbahaya dan sekira meletup akan memusnahkan masjid tersebut bersama-sama dengan segala-gala benda dan para jemaah di dalamnya. Tetapi dengan perlindungan Allah, periuk-api tersebut tidak meletup dan ratusan orang Islam terselamat.

Musuh-musuh Islam ini terus berusaha tanpa putus asa. Pada hari Jumaat, 24 November 1989 di Peshawar, Pakistan, tiga buah bom telah dipasang di sebatang jalan yang sempit yang sering diambil oleh Abdullah Azzam untuk ke masjid pada hari Jumaat. Beliau meletak kereta di kedudukan bom pertama dan kemudian berjalan ke masjid untuk bersolat Jumaat. Beliau telah terbunuh dan gugur syahid bersama-sama dengan dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani (seorang lagi perwira Afghan) dengan 20kg TNT (Dinamit) yang diletupkan dengan alat kawalan jauh. Selepas letupan yang kuat itu orangramai keluar beramai-ramai dari masjid dan kelihatanlah satu keadaan yang mengerikan. Hanya sebahagian kecil dari kereta tersebut yang kelihatan. Anak beliau, Ibrahim, melambung sejauh 100 meter; begitu juga dengan dua orang anak-anak lagi. Cebisan mayat mereka berteraburan di atas pokok-pokok dan wayar-wayar elektrik. Tubuh Sheikh Abdullah Azzam pula telah dijumpai bersandar pada sebuah tembok, dalam keadaan sempurna, tiada luka atau kecederaan walau sedikitpun melainkan sedikit darah yang mengalir dari bibir beliau. Begitulah tamatnya kehidupan seorang Mujahid di dunia ini dan insha-Allah menyambung pula kehidupannya di sisi Allah. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Pabi di mana beliau menyertai ribuan para Shuhada.




Di antara usaha terbesar beliau di medan jihad Afghanistan ialah penyatuan pihak-pihak pejuang Afghanistan dari pelbagai latar belakang untuk menentang Russia. Orang-orang Afghan yang sememangnya dikenali dengan kekerasan dan perpecahan di kalangan mereka telah berjaya disatukan oleh Abdullah Azzam di bawah satu panji jihad. Sayangnya, selepas beliau syahid, dan selepas Afghanistan berjaya mencapai kemerdekaan dari penjajahan Russia, puak-puak pejuang Afghanistan kembali berpecah dan berperang sesama sendiri.

Beliau juga berjasa dalam menubuhkan briged jihad mujahidin Arab yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk bersama-sama dengan saudara Afghan mereka menentang Russia. Para mujahidin Arab ini telah dididik dan dilatih di kem mereka yang tersendiri. Di antara graduan dari kem tersebut ialah Usamah Ben Laden yang telah bertindak sebagai ketua para mujahidin Arab selepas kematian Abdullah Azzam. Kem ini kemudiannya dijadikan sebagai kem latihan para mujahidin dan pejuang Islam yang ingin berjuang di mana-mana bumi umat Islam yang meletusnya jihad.sehinggalah ianya dimusnahkan oleh Amerika Syarikat sewaktu tercetusnya perang Afghanistan 2001.

Yang pastinya, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, nama beliau akan tetap dikenang sebagai orang yang bertanggung jawab menimbulkan semula kecintaan umat Islam di serata dunia terhadap fardhu jihad yang semakin dilupakan sebelum peperangan Afghanistan.

Sultan Saladin, Pahlawan Islam di Perang Salib


Saladin
Dia dikenal sebagai raja, panglima perang yang jago strategi, pemimpin umat, dan sekaligus sosok yang santun dan penuh toleransi. Banyak manuskrip yang mencatat "Saladin Sang Raja Mesir" (Saladin, King of Egypt) sebagai simbol kekuasaan Eropa. Namanya tidak bisa dilepaskan dari Sejarah Perang Salib yang membawa kejayaan Islam, namun tanpa menindas kaum Kristiani.

Sultan Saladin lahir dengan nama Salahidun Yusuf Ibn Ayyub di Tikrit, dekat Sungai Tigris dari sebuah keluarga Kurdi. Ia dikirim ke Damaskus, Suriah, untuk menimba ilmu. Selama sepuluh tahun ia berguru pada Nur ad-Din (Nureddin). Setelah berguru ilmu militer pada pamannya, seorang negarawan Seljuk dan pimpinan pasukan Shirkuh, ia dikirim ke Mesir untuk menghadang perlawanan Kalifah Fatimiyah tahun 1160. Ia sukses dengan misinya yang membuat pamannya duduk sebagai wakil di Mesir pada tahun yang sama. Saladin memperbaiki perekonomian Mesir, mengorganisasi ulang kekuatan militernya, dan mengikuti anjuran ayahnya untuk tidak memasuki area konflik dengan Nur ad Din. Sepeninggal Nur ad Din, barulah ia mulai serius memerangi kelompok Muslim sempalan dan pembrontak Kristen. Dia bergelar Sultan di Mesir dan menjadi pendiri Dinasti Ayyubi serta mengembalikan ajaran Sunni ke Mesir.

Terlibat dalam Perang Salib
Dalam dua kesempatan, tahun 1171 dan 1173, Saladin diinvasi Kerajaan Kristen Jerusalem. Nur ad Din saat ini berniat membalas serangan. Namun Saladin berpendapat bahwa mereka harus kuat terlebih dulu. Sepeninggal Nur ad Din, Saladin menjadi penguasa Damaskus. Ia menikahi janda Nur ad Din dan menaklukkan dua kota penting Aleppo dan Mosul yang dulu selalu gagal ditaklukkan Nuraddin. Namun ia menjadi penguasa yang bersahaja. Sedapatnya, ia selalu menghindari pertumpahan darah, apalagi darah warga sipil. Saat menaklukkan Aleppo, 22 Mei 1176, nyawanya nyaris melayang karena usaha pembunuhan. Ia melakukan konsolidasi di Suriah sambil sebisa mungkin menjaga agar jangan sampai tumpah perang dengan pasukan salib sebesar apapun provokasi dari pasukan salib. Misalnya, ia masih belum bereaksi saat Raynald of Chatillon mengusik aktivitas perdagangan dan perjalanan ibadah haji di Laut Merah, wilayah yang menurut Saladin harus selalu menjadi wilayah bebas. Puncaknya adalah saat penyerangan terhadap rombongan karavan jamaah haji tahun 1185. Saladin meradang.

Juli 1187, Saladin menyerang Kerajaan Jerusalem dan terlibat dalam pertempuran Hattin. Ia berhasil mengeksekusi Raynald dan rajanya, Guy of Lusignan. Dia kembali ke Jerusalem 2 Oktober 1187, 88 tahun setelah kaum Salib berkuasa. Berbagai medan pertempuran dilaluinya, dengan satu pesan yang sama kepada pasukannya; minimalkan pertumpahan darah, jangan melukai wanita dan anak-anak. Perang Salib III menelan biaya yang tak sedikit dari kubu Kristen. Inggris mengucurkan dana bantuan yang dikenal dengan istilah 'Saladin Tithe' (Zakat melawan Saladin). Dalam satu pertempuran, ia berhadap-hadapan dengan King Richard I dari Inggris di medan perang Arsuf tahun 1191. Di luar perkiraan kedua pasukan, Saladin dan King Richard I saling berjabat tangan dan menghormat satu sama lain. Bahkan saat tahu pimpinan pasukan musuhnya itu sakit, Saladin menawarkan bantuan seorang dokter terbaik yang dimiliki Damaskus. Begitu juga saat tahu Richard kehilangan kuda tunggangannya, ia memberikan dua ekor sebagai gantinya. Di medan itu, keduanya sepakat berdamai. Bahkan adik Richard dinikahkan dengan saudara Saladin.

Tak lama setelah kepergian Richard, Saladin wafat pada tahun 1193 di Damaskus. Saat kotak penyimpanan harta Saladin dibuka, ahli warisnya tidak menemukan cukup uang untuk membiayai pemakamanannya: ia selalu mendermakan hartanya kepada kaum yang membutuhkan. Kini makamnya menjadi salah satu tempat tujuan wisata utama di Suriah. Nama Saladin harum di seantero dunia hingga kini. Bukan hanya kalangan Muslim, kalangan non-Muslim juga sangat menghormatinya. Satu yang dicatat dalam buku-buku sejarah: ketika pasukan Salib menyembelih semua Muslimin yang ditemui saat mereka menaklukkan Jerusalem, Saladin memberikan amnesti dan kebebasan bagi kaum Katolik Roma begitu ia menaklukkan Jerusalem.

Tomb Salahudin

Sultan Saladin
1138: Lahir di Tikrit, Irak, sebagai putra dari pimpinan kaum Kurdi, Ayub.
1152: Mulai pekerja sebagai pelayan pimpinan Suriah, Nureddin.
1164: Mulai menunjukkan pekiawaiannya dalam bidang strategi militer dan dalam perang melawan pasukan Salib di Palestina.
1169: Saladin menjadi orang kedua dalam kepemimpinan militer Suriah setelah pamannya, Shirkuh. Shirkuh menjadi wakil di Mesir namun meninggal 2 bulan kemudian. Ia menggantikannya. Namun karena kurang ada respons dan dukungan dari penguasa, ia kembali ke Kairo yang menjadi puas kekuatan Dinasti Ayyub.
1171: Saladin menekan penguasa Fatimi dan menjadi pemimpin Mesir dengan dukungan kekhalifahan Abbasiah. Namun tidak seperti Nureddin yang ingin sesegera menggempur pasukan Kristen, ia cenderung lebih menahan diri. Inilah yang membuat hubungan antar keduanya merenggang.
1174: Nureddin meninggal. Saladin menyususn kekuatan.
1175: The Syrian Assassin leader Rashideddin' s men made two attempts on the life of Saladin, the leader of the Ayyubids. The second time, the Assassin came so close that wounds were infliceted upon Saladin.
1176: Saladin besieges the fortress of Masyaf, the stronghold of Rashideddin. After some weeks, Saladin suddenly withdraws, and leaves the Assassins in peace for the rest of his life. It is believed that he was exposed to a threat of having his entire family murdered.
1183: Penaklukan kota di utara Suriah, Aleppo.
1186: Penaklukan Mosul di utara Irak.
1187: Dengan kekuatan baru, menyerang Kerajaan Latin Jerusalem dengan pertempuran sengit selama 3 bulan.
1189: Perang Salib III meluas di Palestina setelah Jerusalem di bawah kontrol Saladin. (Lihat Film Versi Hollywood : Kingdom of Heaven)
1192: Menandatangani perjanjian dengan King Richard I dari Inggris yang membagi wilayah pesisir untuk Kaum Kristen dan Jerusalem untuk Kaum Muslim.
4 Maret 1193: Meninggal di Damaskus tidak lama setelah jatuh sakit.

( tri/en.wikipedia. org )

BARBAROSA SI JANGGUT MERAH HERO UMAT ISLAM


Barbarossa bersaudara adalah dua orang kakak beradik bernama Aruj dan Khidr. Keduanya dilahirkan di Pulau Lesbos (Mytilene/ Madlali), di wilayah Turki, dari seorang ayah yang merupakan veteran perang pada masa kekuasaan Sultan Muhammad al-Fatih dan seorang ibu penduduk asli pulau itu. Ayah mereka, Ya’qub bin Yusuf, menetap di Lesbos tak lama setelah penaklukkan pulau itu oleh pasukan al-Fatih di tahun 1462. Ia mengisi masa pensiunnya dengan membuka sebuah kedai dan membina keluarga. Dari pernikahannya lahir empat orang putra, Ishak, Aruj, Khidr, dan Ilyas. Keempat anak ini, khususnya Aruj dan Khidr, tumbuh dalam budaya pesisir dan kelak muncul sebagai pelaut-pelaut yang tangguh.

Putra-putra Ya’qub ini tumbuh pada salah satu era paling menentukan dalam sejarah umat manusia. Mereka hidup di tengah benturan peradaban yang keras di wilayah Mediterania. Benturan peradaban antara Timur dan Barat, antara Islam dan Kristen. Hanya sekitar satu atau dua dekade sebelum kelahiran anak-anak ini, peradaban Islam terpenting saat itu, Turki Utsmani, di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih pada tahun 1453, telah berhasil menaklukkan kota Konstantinopel. Kejatuhan kota yang merupakan ibu kota Romawi Timur, Byzantium, sekaligus pusat Kristen Ortodoks itu menimbulkan jeritan putus asa dan kemarahan di belahan Eropa lainnya. Sebaliknya, hal itu meningkatkan semangat jihad dan kebanggaan di belahan dunia Islam, mengingat Nabi Muhammad saw sendiri telah meramalkan kejatuhan kota itu di dalam haditsnya.

Aruj, Khidr, dan saudara-saudaranya tentunya juga ikut merasakan semangat dan gejolak kebanggaan ini, karena ayah mereka merupakan salah satu anggota pasukan Sultan al-Fatih, Sang Penakluk. Hanya saja, di penghujung abad itu wilayah Mediterania juga menyaksikan pembalasan orang-orang Eropa Kristen pada kaum Muslimin. Pada tahun 1492, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Spanyol menaklukkan Granada, benteng terakhir kaum Muslimin yang kaya raya di ujung Selatan Andalusia. Namun, berbeda dengan al-Fatih yang bersikap toleran dan membuka pintu Konstantinopel pasca penaklukkan bagi orang-orang non-Muslim, penguasa baru Kristen di Andalusia segera membatalkan perjanjian yang mengharuskan mereka memelihara toleransi. Kaum Muslimin Andalus pun menjadi korban pemurtadan massal yang diiringi dengan penyiksaan inkuisisi serta pengusiran besar-besaran. Setelah penaklukkan Granada, kapa-kapal Spanyol dan Portugis segera meneror perairan Mediterania dan pesisir Afrika Utara.

Ketegangan di Mediterania dan terancamnya pelaut-pelaut Muslim oleh gangguan kapal-kapal Kristen, serta ketidakberdayaan penguasa-penguasa Afrika Utara dalam memberikan perlindungan, tak urung melahirkan perlawanan sipil yang belakangan dituding pihak Eropa Kristen sebagai aksi-aksi bajak laut. Aruj, putra Ya’qub, pernah merasakan pengalaman buruk dengan pelaut-pelaut Kristen Eropa. Kapal dagang Aruj pernah dibajak oleh ordo militer Saint John dan ia sendiri tertawan oleh mereka. Namun, ia berhasil meloloskan diri. Peristiwa ini menguatkan tekadnya untuk bangkit melawan orang-orang Eropa itu. Ia mengajak adiknya, Khidr (yang belakangan berganti nama menjadi Khairuddin), untuk ikut serta dalam perjuangan itu. Aruj dan Khidr (Khairuddin) memulai karir jihad mereka dengan sebuah kapal dan persenjataan terbatas. Namun, keterampilan keduanya menjadikan kekuatan mereka tumbuh semakin kuat dan muncul sebagai armada yang ditakuti di perairan Mediterania. Jenggot mereka yang berwarna merah kemudian membuat mereka lebih dikenal dengan nama yang menggetarkan: Barbarossa, Si Janggut Merah.

Kedua pejuang ini terus mengonsolidasikan kekuatan mereka dan mulai menjalin hubungan dengan beberapa penguasa setempat. Mereka menjadikan beberapa pulau yang strategis di perairan Mediterania sebagai pangkalan rahasia mereka, di antaranya Pulau Jarbah di Teluk Gabes yang diberikan oleh Sultan Tunis dengan imbalan kerajaan Tunis akan menerima seperlima dari pampasan perang Barbarossa bersaudara. Pulau Giglio di Barat Laut kota Roma juga disebut-sebut sebagai salah satu markas angkatan laut Barbarossa. Dari basis-basis pertahanan rahasia tersebut kedua bersaudara dan para anak buahnya berhasil mengacaukan pelayaran kapal-kapal Kristen di Mediterania serta menyerang wilayah-wilayah Afrika Utara yang mereka duduki. Sepanjang tahun 1510-an, armada si Janggut Merah berhasil membebaskan beberapa kota penting di pesisir Aljazair, seperti Aljir, Bajayah dan Jaijil. Pada masa-masa ini mereka juga berhasil membantu orang-orang Andalus yang melarikan diri dari kekejaman orang-orang Spanyol. Tidak sedikit dari kaum pelarian ini yang kemudian bergabung dengan armada Barbarossa bersaudara.

Hubungan kedua bersaudara ini dengan para sultan Afrika Utara yang wilayahnya mereka bantu bebaskan tidak sepenuhnya mulus. Sebagian dari para sultan ini rupanya merasa terancam dengan kekuatan Barbarossa yang semakin lama semakin besar. Sultan Salim al-Toumy, penguasa Aljazair, mulai merasa terganggu dengan aktivitas Aruj dan Khairuddin dalam membebaskan Aljir dan beberapa kota pantai Aljazair lainnya. Sang sultan kemudian mengusir Aruj dan anak buahnya dari Aljazair pada tahun 1516. Pengusiran tersebut menyebabkan Aruj mengambil sebuah keputusan penting. Ia menganggap Aljazair terlalu penting sebagai basis perjuangan melawan Spanyol dan para sekutunya, sementara sultan negeri itu tidak memiliki komitmen yang jelas terhadap musuh kaum Muslimin. Maka ia pun menggulingkan Sultan al-Toumy dan bertindak sebagai penguasa Aljazair. Tahun ini menandai era baru perjuangan Barbarossa bersaudara, dari perjuangan yang sepenuhnya bersifat militer, kini mereka mulai merambah wilayah politik dan kenegaraan.

Pada tahun yang sama di Eropa, cucu Ferdinand yang bernama Charles, diangkat menjadi Raja Spanyol. Walaupun pada saat itu usianya baru 16 tahun, ia segera akan menjadi penguasa terpenting di Eropa, sekaligus menjadi musuh utama Turki Utsmani dan Barbarossa bersaudara. Keadaan di Mediterania semakin memanas pada tahun-tahun berikutnya. Pada 1517, Sultan Salim mengirim pasukan Turki Utsmani memasuki Mesir dan merebut wilayah itu dari kekuasaan Dinasti Mamluk. Sementara itu, Barbarossa bersaudara mulai menjalin hubungan dengan pihak Turki dalam jihad mereka menghadapi orang-orang Eropa Barat.

Pada tahun 1518, Aruj dan pasukannya bergerak ke Tlemcen (Tilmisan) untuk menghadapi penguasa setempat yang berhasil dihasut oleh pihak Spanyol. Khairuddin, sang adik, diperintahkan oleh kakaknya untuk memimpin Aljir selama kepergiannya. Aruj dan anak buahnya berhasil merebut kota Tlemcen selama beberapa waktu, tapi mereka segera dikepung oleh tentara Spanyol dan penduduk wilayah itu. Aruj dan pasukannya berhasil meloloskan diri. Namun, pejuang yang biasa dipanggil Baba Aruj oleh anak buahnya ini akhirnya gugur sebagai syuhada dalam pertempuran menghadapi musuh di tempat yang tak terlalu jauh dari kota itu. Kini Khairuddin Barbarossa, sang adik, terpaksa memimpin armada dan pasukan yang telah mereka bangun selama beberapa tahun tanpa sang kakak.

Ketiadaan Aruj ternyata tidak melemahkan Khairuddin. Ia segera memperlihatkan kepiawaiannya dalam memimpin. Sejak masa mudanya ia telah memperlihatkan kepribadian yang menonjol. Sebagaimana kakaknya, fisik Khairuddin sangat kuat. Ia berani sekaligus penuh perhitungan. Selain itu, ia juga cerdas dan mampu berbicara dalam berbagai bahasa yang biasa digunakan di Mediterania, seperti bahasa Turki, Arab, Yunani, Spanyol, Italia, dan Perancis. Setelah Aruj gugur di medan pertempuran, Khairuddin mempertimbangkan lebih serius hubungan dengan kesultanan Turki. Masyarakat Aljazair dan sekitarnya memang mengharapkan kehadiran Khairuddin dan pasukannya, tapi beberapa penguasa setempat cenderung memusuhinya. Maka ia meminta penduduk Aljazair untuk mengalihkan loyalitas mereka pada Sultan Turki. Masyarakat Aljazair setuju, dan suatu misi diplomatik pun diutus ke Istambul. Misi itu berjalan dengan baik. Pada tahun 1519, Khairuddin Barbarossa secara resmi ditetapkan menjadi semacam gubernur Turki di Aljazair. Pada tahun berikutnya, Sultan Salim meninggal dan digantikan oleh Sulaiman the Magnificent yang kemudian dikenal sebagai salah satu sultan terbesar Turki Utsmani. Hubungan Barbarossa dengan Turki menjadi semakin erat pada masa Sulaiman yang memerintah selama empat puluh enam tahun itu.

Kendati telah ditetapkan sebagai penguasa Aljazair, Khairuddin Barbarossa lebih sering berjuang di lautan sebagaimana masa-masa sebelumnya. Ia dan armadanya sempat menyelamatkan tujuh puluh ribu Muslim Andalusia yang tertindas di bawah pemerintahan Charles V. Orang-orang Islam ini dipaksa masuk Kristen dan diancam dengan penyiksaan inkuisisi yang sangat kejam sehingga terpaksa melarikan diri ke gunung dan melakukan perlawanan. Kekuatan mereka jelas sangat tidak seimbang dibandingkan kekuatan pasukan Charles. Maka mereka pun meminta bantuan Barbarossa yang segera menolong dan memindahkan mereka secara bertahap ke Aljazair.

Pada tahun 1529, Khairuddin Barbarossa berhasil merebut kembali Pulau Penon yang terletak di seberang Aljir dan selama bertahun-tahun dikuasai oleh tentara Spanyol. Ia dan pasukannya memborbardir benteng pulau itu selama dua puluh hari. Dua puluh ribu tentara Spanyol yang berlindung di balik benteng itu berhasil ditawan dan dipekerjakan untuk membangun benteng di pesisir Aljir. Tujuh kapal Spanyol yang kemudian datang untuk memberikan bantuan akhirnya juga jatuh ke tangan Barbarossa. Pada tahun yang sama, Sultan Sulaiman menyerang dan mengepung kota Wina, Austria, untuk yang kedua kalinya. Walaupun serangannya yang kedua ini juga gagal sebagaimana sebelumnya, hegemoni tentaranya di darat, bersama dengan kekuatan armada Barbarossa di Laut Tengah, telah menimbulkan tekanan dan kekhawatiran yang besar di Eropa Barat.

Pada tahun 1533, Khairuddin diundang ke Istambul oleh Sultan Turki. Ia pun berangkat dengan 40 kapal, dan sempat berpapasan dan memenangkan pertempuran melawan armada Habsburg di perjalanan ke Istambul. Setibanya di ibu kota Turki Utsmani itu ia disambut dengan meriah dan diangkat sebagai Kapudan Pasha (Grand Admiral), posisi tertinggi di angkatan laut Turki. Ia menyandang gelar itu hingga tahun kematiannya, 1546. Tentu saja ini merupakan sebuah puncak karir yang luar biasa untuk seorang ‘bajak laut.’ Tapi Barbarossa memang dianggap sangat layak untuk posisi itu oleh para petinggi Turki Utsmani. Kemampuannya di bidang angkatan laut sangat diperlukan untuk membangun armada Turki yang tangguh. Bahkan seorang konsul Perancis menyatakan bahwa puncak kesuksesan Dinasti Umayah di lautan telah dimulai ketika Khairuddin menghentakkan kakinya di pelabuhan Istambul.

Ketegangan dengan pihak Spanyol semakin serius setelah itu. Pasukan gabungan Spanyol yang sangat besar jumlahnya berhasil merebut Tunisia dari tangan Barbarossa pada tahun 1535. Barbarossa kemudian membalasnya dengan menyerang Puerto de Mahon di Kepulauan Baleares, Spanyol, dan merebut beberapa kapal Spanyol dan Portugis yang baru saja kembali dari benua baru Amerika dengan membawa emas dan perak yang telah mereka rampas dari penduduk setempat.

Tiga tahun setelah itu, terjadi sebuah pertempuran besar antara armada Kristen dan Muslim di Preveza, Yunani. Armada Kristen yang terdiri dari 600 kapal Spanyol, Holy Roman Empire, Venesia, Portugis, Genoa, Vatikan, Florence, Malta dan negara-negara Eropa lainnya yang dipimpin oleh Andre Doria berusaha melumatkan armada Barbarossa yang jumlahnya hanya sepertiga dari kekuatan musuh. Setelah saling mengintai di perairan Ionian, Yunani, armada Barbarossa memasuki Selat Preveza yang sempit dan menunggu di teluk besar yang terdapat di bagian dalamnya, sementara musuh menunggu mereka di luar. Ini terjadi pada hari Jum’at, 27 September 1538. Barbarossa mengumpulkan pasukannya untuk mengatur strategi dan memutuskan untuk bergerak keluar dan menghadapi musuh secara langsung. Armadanya melintas keluar Selat Preveza pada hari Sabtu sebelum fajar. Kedua armada besar itu saling berhadap-hadapan pada saat matahari baru saja naik. Barbarossa dan armadanya berhasil menerapkan strategi perang secara jitu. Kendati jumlah kapal mereka lebih sedikit, tapi kapal-kapal mereka lebih lincah dan meriam-meriam mereka mampu menjangkau jarak yang lebih jauh. Setelah bertempur selama beberapa jam, armada Barbarossa mampu melumpuhkan separuh armada Kristen. Kekalahan telak yang tak disangka-sangka ini membuat armada pimpinan Andrea Doria itu terpaksa mengundurkan diri. Kaum Muslimin berhasil memenangkan pertempuran besar itu.

Setelah 1538, beberapa pertempuran masih terjadi antara pihak Kristen dan Muslim, dan lebih sering dimenangkan oleh pasukan Muslim. Ketika Charles V berusaha menguasai Aljazair dengan 200 kapal perangnya pada tahun 1541, mereka malah disergap badai di perairan Aljir, dan terpaksa kembali pulang dengan kerugian besar. Di tahun-tahun terakhir hidupnya, Barbarossa sempat ditugasi membantu pasukan Perancis yang pada masa itu bermusuhan dengan Spanyol di bawah kepemimpinan Charles dan memilih untuk bersekutu dengan Turki. Ia membantu Perancis merebut kota Nis pada tahun 1543, kemudian menetap di kota Toulon selama musim dingin, sebelum pergi ke Genoa untuk menegosiasikan pembebasan salah satu anak buah terbaiknya, Turgut Reis.

Khairuddin Barbarossa meninggal dunia dengan damai di Istambul pada tahun 1546. Ia tetap dikenang sebagai seorang pejuang lautan yang tangguh dan seorang mujahid yang ditakuti musuh-musuhnya di Eropa Barat. Selama masa hidupnya, sebagian besar wilayah Afrika Utara berhasil dibebaskan dari penjajahan Eropa dan perairan Mediterania berhasil diamankan. Setelah wafatnya, kedudukan Khairuddin Barbarossa sebagai Kapudan Pasha (Grand Admiral) dipegang oleh Turgut Reis hingga yang terakhir ini syahid pada tahun 1565 dalam pertempuran menghadapi ordo Saint John di Pulau Malta.

Aruj dan Khairuddin Barbarossa telah meninggalkan sebuah jejak yang mengagumkan dalam lembar sejarah Islam. Akankah Barbarossa-Barbarossa lainnya kembali lahir dari tengah kaum Muslimin generasi modern ini?

Oleh: Alwi Alatas

* Tulisan ini pernah dimuat dalam majalah Sabili

Cinta Menurut Pandangan Islam




Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

5 TANDA HATI KERAS MEMBATU



"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

Kebaikan adalah Bekalan Kesenangan di Dunia & di AKHIRAT.




FIRMAN Allah bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran." (Surah al-Asr, ayat 1-5).

Ulama menafsirkan ayat di atas memberi banyak pengertian untuk dirungkai dan dihayati bersama dalam melayari bahtera kehidupan yang serba mencabar ini.


Islam sentiasa memberi galakan agar seluruh umatnya memanfaatkan kehidupan di dunia dengan amal soleh, di samping iman teguh sebagai bekalan untuk menempuh alam akhirat. Islam memberi jaminan kepada umatnya bahawa kebahagiaan hidup di dunia dan mengecapi kebahagiaan di akhirat akan diperoleh sekiranya umat Islam membuat kebaikan.


Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 97)

Kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran tertinggi di sisi Allah dan mendapat penghargaan daripada manusia dan makhluk seluruhnya. Ajaran Islam yang terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam untuk berbuat kebaikan. Hal ini kerana kebaikan yang dilakukan adalah faedah bukan saja untuk dirinya, malah semua orang dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Isra', ayat 7).

Manusia yang dilingkari kebaikan, hidupnya akan beroleh kerahmatan dan keberkatan. Mereka juga akan mendapat kebahagiaan dalam setiap perjalanan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Justeru, galakan meningkatkan amalan soleh bukan hanya sebagai perintah yang perlu dipatuhi, malah jalan untuk manusia mengangkat martabat di sisi Allah.

Galakan berbuat kebaikan adalah pengajaran berguna bagi umat Islam dan ganjaran besar menantinya di akhirat. Firman Allah bermaksud : "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana kamu berada, maka bagi Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Maidah, ayat 48)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah menurut apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya, katanya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan segala kejahatan. Kemudian Dia terangkan yang demikian itu, maka sesiapa yang bercita-cita dengan kebaikan, kemudian dia tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya (kebaikan itu), kemudian dia mengerjakannya, Allah tuliskan kebaikan itu (sebagai balasan) di sisinya sebanyak 10 kebaikan hingga 700 kali ganda hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya, lalu mengerjakannya, Allah tuliskan kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis itu menggambarkan betapa Maha Pemurah-Nya Allah terhadap hamba-Nya yang melakukan kebaikan sekalipun dengan hanya bercita-cita atau sekadar niat melakukan kebaikan itu. Namun, ganjaran tetap diberikan. Rahmat Allah terhadap hamba-Nya di dunia amat luas.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis lain bermaksud: "Daripada Ibn Umar, katanya: Rasulullah memegang bahuku, lalu Baginda bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau adalah orang yang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Ibn Umar berkata: Jika engkau berada pada waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang. Dan gunakanlah masa sihat engkau untuk masa sakit dan masa hidup untuk masa mati engkau." (Hadis riwayat Bukhari).

Keinginan mengecapi kebahagiaan hidup yang lebih sejahtera di dunia dan kehidupan abadi di akhirat adalah keinginan yang perlu kepada pengisian kehidupan berlandaskan kepada syariat Islam. Hakikat menunjukkan bahawa dunia ini tempat untuk beramal bagi sekian waktu yang ditetapkan bagi seseorang. Ia bukanlah tempat untuk bersenang lenang semata-mata tanpa menghiraukan hari perhitungan kelak.

Kehidupan di dunia diibaratkan sebagai seorang yang berdagang. Sebagai seorang pedagang, tentulah merindui kampung halaman. Kerinduan itu, tiada ertinya sekiranya sekembalinya ke kampung halaman tiada apa-apa bekalan yang dibawanya. Waktu di dunia sungguh singkat dan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk beramal dan melakukan pekerjaan berguna. Ia untuk faedah hidup di dunia dan kesenangan pada hari akhirat.

Imam Al-Ghazali dalam tulisannya ada menyatakan: "Sesungguhnya badan anak Adam diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik, apabila dia berjaya dalam tugasnya di dunia ini kemudian mati, maka sudah mencukupi bagi dirinya, tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang dipisahkan oleh kematian. Kematian akan melenyapkan keinginan kepada dunia, apa yang diinginkan adalah amal salih untuk menjadi bekalan kuburnya. Jika bekalan itu berada di sampingnya, terasalah kekayaannya. Sebaliknya, jika ia tidak mempunyainya, malang baginya dan dia akan minta untuk kembali ke dunia untuk mendapatkan balik bekalannya."

Penciptaan manusia menerusi proses perjanjian dengan Allah untuk memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dengan sebaiknya kerana ia adalah amanah paling besar diberi kepada makhluk yang bernama manusia.

Keadaan orang yang berbakti iaitu mereka yang beriman dengan hati dan beramal soleh dengan jasad adalah makhluk terbaik. Mereka melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kedudukan mereka yang bertakwa di sisi Allah di akhirat nanti akan ditempatkan di kalangan nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin. Hal ini seperti firman-Nya bermaksud: "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi dan orang yang siddiqin (amat benar dalam imannya) dan orang yang syahid serta orang yang soleh. Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat)." (Surah an-Nisa', ayat 69).



Amal Bergantung Kepada NIAT.





Abul Laith Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Maisarah berkata: ALLAH SWT telah berfirman: Aku tidak menerima perkataan seseorang hakim, tetapi Aku melihat tujuan dan niatnya kepadaKu, maka aku jadikan diamnya untuk berfikir dan bicaranya sebagai zikir meski pun ia tidak berkata-kata.

Aun bin Abdullah berkata: Dahulu orang-orang Soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat:
*Siapa yang beramal untuk Akhirat, maka ALLAH mencukupi segala urusan dunianya.
*Dan siapa yang memperbaiki niatnya, maka ALLAH akan memperbaiki zahirnya.
*Dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan ALLAH, maka ALLAH akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Niat seseorang Mu'min (dan Mu'minat) itu lebih baik dari amal perbuatannya.”


*Oleh sebab itu, niat itu mendapat pahala tanpa amal, sedangkan amal tanpa niat tidak ada pahalanya.

Rasulullah SAW bersabda: "Seorang hamba dihadapkan pada hari Akhirat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan; Siapa yang pernah dianiaya oleh Fulan boleh datang untuk dibayar. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu ALLAH berkata kepadanya: Untukmu ada simpanan padaKu yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhlukKu, lalu ia bertanya: Apakah itu? Jawab ALLAH: Iaitu NIAT mu, yang kamu selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.”

Seorang ‘abid Bani Israel, ketika berjalan melihat anak bukit, lalu ia ingin, andaikan bukit itu menjadi tepung, maka akan diberinya makan kepada Bani Israel yang sedang menderita kelaparan. Maka ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi ketika itu: Katakanlah kepada ‘abid itu bahawa ALLAH berfirman; Telah Aku tetapkan bagimu pahala sekiranya bukit itu menjadi tepung dah kamu sedekahkannya.

Juga ada riwayat:
Akan dihadapkan pada hari Akhirat seorang hamba, lalu ia melihat dalam suratan amalnya ada ganjaran pahala Haji, Umrah, Jihad, Zakat dan Sedekah, maka ia berkata dalam hatinya; dari mana aku memperoleh kesemua ganjaran pahala itu? Padahal aku tidak berkesempatan membuat kesemua amalan itu sewaktu aku hidup di dunia, mungkin ini bukan suratan amalku. Maka ALLAH berfirman: Bacalah, itu suratan mu, semasa hidupmu dulu, kamu sering berkata & berniat, andainya aku mempunyai harta nescaya aku jihad. Aku mengetahui akan niatmu itu, maka Aku beri pada mu pahala semua itu.



NIAT
Umpama Tiang,
Dipasak Nan Teguh,
Berdiri Tegak Tanpa Gundah,
Tetapi Kadangkala,
Tatkala Angin Bertiup,
Tatkala Hujan Lebat Membasahi Bumi,
Ia Condong Ke Tepi,
Disebabkan Itu, Ia Perlu Senantiasa Diperbetulkan,
Supaya Ia Tetap Teguh Berdiri.


Abu Hurairah RA berkata; Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa paras mu, dan tidak melihat pada harta mu, dan tidak melihat pada keadaan mu, tetapi ALLAH melihat pada AMAL dan NIAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekiranya ada cadangan sila komen disini